Debat Bertukar Menjadi Sembang Kedai Mamak?
Nampak gayanya Cik Siti Kassim menerusi update terbarunya di Facebook masih berdolak dalik. Malahan beliau seolah-olah sedang memperdaya ‘followers’ dengan memutarbelitkan fakta. Berikut saya ingin menjawab putarbelit beliau. Siti Kassim menulis;
1. ‘but he’s beginning to irritates me with his proposal when nothing coming from yourself’
- Untuk makluman Cik Siti dan penyokongnya, sila rujuk kembali kepada komen & juga mesej Cik Siti kepada saya. Jelas kami telah memaklumkan akan “mengatur pra-mesyuarat antara WAKIL KITA BERDUA” dan Cik Siti tiada bantahan malahan kami ulangi di dalam ‘pm’ kami dengan mesej “InshaAllah our representative will contact you to arrange for pre-debate meeting” dan Cik Siti menjawab ‘okie dokie’.
- Apa jua ‘proposal’ yang ditawarkan oleh Abu Shariz sebagai wakil saya adalah dari saya maka tidak timbul tuduhan Cik Siti ‘nothing coming from yourself’.
2. ‘Are you so big now that only your minions the arrangements for you.’
- Tidak timbul isu saya ‘big’ apabila Cik Siti pada awal bersetuju WAKIL kita yang akan berbincang. Maka apabila Cik Siti membuat keputusan untuk tidka melantik wakil dan berbincang sendiri, itu hak Cik Siti dan ianya juga hak saya yang telah dipersetujui bersama untuk saya menghantar wakil! Kenapa memutarbelitkan kenyataan?
- Abu Shariz bukan 'minions' saya tetapi Abu Shariz adalah sahabat saya dan jikalau Cik Siti Kassim berdebat dengannya belum tentu menang. Abu Shariz yang Cik Siti panggil minions itu lebih beradab dan berakhlak serta bernilai berbanding dengan Cik Siti.
3. ‘Since I’m not entertaining this Abu anymore, here are my proposals’
- Cik Siti sendiri melanggar perjanjian yang telah Cik Siti persetujui dengan tidak melayan wakil yang saya lantik dan dengan tidak menghormati wakil yang saya lantik, apakah perlu saya menghormati individu seperti anda yang sesuka hati melanggar perjanjian sebelum ini? Apakah jaminan perjanjian seterusnya tidak akan dilanggar oleh Cik Siti?
4. ‘You and your minions may be paid a lot of money to do all these and even willing to pay for the costs on my behalf for the venue etc.’ I, on the other hand do not wish to waste money like that.’
- One Centre menawarkan untuk menjadi penganjur dan membayar segala kos dan Cik Siti menolaknya. Maka kami menawarkan diri membayar bagi pihak Cik Siti agar Cik Siti tidak mencari alasan tidak mampu membayar kos debat untuk menarik diri dari debat. Kami nak memudahkan Cik Siti maka tidak wujud kami dibayar ke tidak. Kami tidak mendapat sebarang bayaran untuk debat ini dan Cik Siti perlu kembali kepada fakta iaitu Cik Siti yang mencabar kami untuk berdebat bukan kami yang mencabar Cik Siti.
- Mungkin kenyataan ‘you and your minions may be paid a lot’ tu merujuk kepada diri Cik Siti dan penyokong ke? Apakah mungkin Cik Siti & geng dibayar untuk memutar belit fakta dan menghentam institusi Islam?
5. ‘With all the technology we have now, a live FB would suffice. Just a conversation between you and I in a comfortable setting. Very informal’
- Cik Siti yang mencabar untuk berdebat secara terbuka sekarang sekadar ‘conversation’ pula? Dengan setup yang rasmi di dalam program rasmi pun Cik Siti boleh naik angin dan menunjukkan isyarat lucah, apakah jaminan Cik Siti tidak akan menjerit-jerit dan mencelah ketika perbualan?
- Andai Cik Siti berjanji tidak akan menjerit sekalipun, bagaimana untuk mempercayai janji Cik Siti sedangkan sesuatu yang telah dipersetujui secara hitam putih pun Cik Siti langgar? Rekod adab dan akhlak Cik Siti tidak menyakinkan saya.
6. ‘Topic is on what you’ve posted. Very simple. What say you Firdaus?’
- Alhamdulilah sekurang-kurangnya ada juga persetujuan berkenaan dengan topik yang dicadangkan dan tiada sebarang ‘counter propose’ dari Cik Siti.
KESIMPULAN
Bagi memastikan debat ini berlangsung secara adil dan telus, debat ini perlu dilakukan secara bersemuka bukan sekadar seperti sembang kedai mamak atau kopitiam di FB Live berdasarkan rekod Cik Siti yang kurang baik berkaitan dengan adab dan akhlak serta memungkiri janji kita sebelum ini.
Kita teruskan dengan perjanjian asal iaitu perbincangan ‘pra-debat’ antara wakil kita berdua. Cik Siti boleh balas email Abu Shariz untuk perbincangan lanjut dan jikalau Cik Siti gagal membalas email kami dalam 24 jam, kami faham Cik Siti tidak bersedia untuk berdebat tetapi sekadar terlepas ‘cabar’. Kami akan maafkan Cik Siti.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #debatsitikassimfirdauswong #teamfirdauswong